Klinik UPSR PI Sibuti
17 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniTujuan utama klinik berkenaan diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar terutama pelajar Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Oleh itu, staff PI Sibuti telah menggunakan pendekatan untuk memberikan tuisyen bagi membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dalam subjek yang lemah menggunakan kaedah belajar yang betul. Para pelajar juga didedahkan dengan carian Google untuk mencari nota tambahan.
Kelas ini berlangsung di Pusat Internet Sibuti bermula dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Terdapat empat subjek yang telah diajar iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Pada masa yang sama staff PI juga ada menyelitkan beberapa tayangan video dan aktiviti KDB untuk membuatkan kelas berkenaan lebih menarik. Seramai 10 orang ahli PI Sibuti telah menyertai kelas berkenaan yang dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: